CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 21, 2012

Petang ni, perit je aku rasa dalam hati ni kan, tapi nak tak nak, aku tetap wajib kena telan perit tu. Ya, aku tahu, hati aku duk berkata-kata, apakah yang menjadi ukuran dalam sesuatu pertalian? Tak kiralah, famili ke, sahabat ke, kekasih ke, bos ke? Aku terasa sesuatu dalam diri aku, tapi aku tetap katakan 'NO'. Adakah kekayaan?, Pangkat? Keturunan? atau Paras Rupa? yang menjadi ukuran dalam sesuatu perhubungan.
Bagi aku kekayaan tu tak penting dalam sebuah perhubungan. Salah satu contohnya adalah pehubunggan antara sahabat. Apa, kalau U nak berkawan dengan seseorang, U akan tilik orang tu dari atas ke bawah? Dari hujung rambut ke hujung kaki? Then, apa yang U dapat? U ada Kereta Besar? U ada rumah besar?
Kejujuran dan keikhlasan dalam hati adalah lebih penting dari segalanya. Kalau ada kawan, tapi macam plastik, buat apa kan? Buat sakit hati je. Aku akui yang aku ni takder apa yang meletop-letop, tapi ader aku kesah? Aku tak kesah kalau sesapa tak nak berkawan dengan aku sebab aku takder itu ini. Janji aku tak menyusahkan sesapa dan aku takder plak berhutang sana-sini kan. Kalau aku ada, aku adalah, kalau aku takder, seribu satu usaha akan aku usahakan.
Lagi satu aku tak leh nak blah ngan jenis kawan yang 'bila kau ada, aku takder, bila ko takder, aku ader'. Memang sakit hati tahap cipan. Kawan senang, senang nak cari, kawan susah, susah nak cari kan. Apapun, bagi aku, kalau ada kawan macam ni, tak perlulah kita nak berdendam ke, marah ke, doakan yang tak baik ke atau apa sajalah pada dia, apa yang penting sentiasa doakan supaya hati kita dan hati dia sentiasa di lembutkan, di permudahkan oleh-Nya Yang Maha Esa. Sekian.

Monday, December 17, 2012

Too Much

Assalamualaikum.
Ha, korang, melampau tak kalau aku tanya, saper antara korang tahu gaji bulan 1 2013 masuk bila, hehehe..walhal gaji bulan 12 baru masuk hari ni..adil tak? patut tak? Apapun jawapan korang, aku rasa jawapan aku might be.
Apa tidaknya, gaji memang la cam masyukkk je, tapi korang kena pikir, manyak masyukk, manyak plak kuarnya. Potong itu potong ini, tak leh nak skip dah...Padan muka kat diri aku sendiri sebab suka sangat booking itu booking ini, then terimalah padahnya. Redha jer la. Pesan aku kat sini, janganlah korang asyik duk booking itu ini dalam online ke apa, nanti bila gaji,siaplah korang kan...apa alasan korang nak bagi bila jadi cenggini. Kalau aku, alasan aku, beli online sebab nak jaga hati suami..hehehe...boleh tak? apapun, masing-masing ada pendapat kan...apapun mana yang perlu di dahulukan, kita dahulu kan ye...jangan tangguh- tangguh..banyak yang perlu kita dahulukan...jangan lupa tanggungjawab utama kita. InsyaAllah, RM 1 yang kita bagi, RM 100 yang kita terima. Tak perlu kita nak wat MLM dengan mana-mana company. Memadailah kita wat MLM ngan orang yang terdekat ngan kita.

Wednesday, December 12, 2012

Jiwa confius

Aku confius ngan jiwa aku. Adakah jiwa aku ni sedikit kebudak-budakan ataupun sebenarnya apa? Setiap kali aku nak buat background ke, nak melukis ke, nak beli apa ke, mesti nak more to kebudakan. Salah satu yang aku tak berapa nak terima, tapi terpaksa terima adalah slide presentation aku masa English class baru-baru ni. Bayangkan teacher leh kata slide aku ni orang yang high level takleh nak terima sebab nampak cam kebudak-budakan. Mula-mulanya naik geram gak, tapi bila aku baca satu buku yang mengatakan bahawa, the best communication adalah kita kena tahu audience kita saper..so, mekna, ko apa cerita tak puas hati lagi..? apapun that's my lesson. Aku kena serius dalam hidup ini. Aku tak boleh nak pikir cam budak lagi, umor pun lagi 3 tahun dah nak cecah 30. Tengoklah aku punya blog backgroun, cam budak-budak kan...aduih...bila lah aku nak move on kan..nantilah aku belajar camana nak wat blog berjiwa org tua nih...

Thursday, December 6, 2012

Seribu penyesalan..mission impossible

Aduhai, pagi ni kenapa mesti aku terpikir nak buat benda cenggini ni kan. Bertindak sebelum berfikir. Seribu penyesalan mengundang. Nafsu mengatasi segala-galanya. Nafsu shopping lah katakan. Walhalnya banyak liku-liku di depan. Aku dah pandai menipu. Sumpah, tak nak buat lagi. Ampunkan aku. Padan muka aku. Skang hati dah tak tenang kan.Sape suruh aku buat. Macam takleh nak sabar tunggu minggu depan. Pastu bila sampai minggu depan, seboklah nak potong itu potong ini. Macam lah kalau takder baju tu, aku kena telanjang kan, macamlah baju tu satu dalam seribu. Mekna oh Mekna. Sedarlah kamu dari lamunan ini mekna. U kena fikir jalan lain kalau takleh dapat apa yang u nak, tapi bukan dengan cara camni sayang oii..Ok, aku memang dah terfikir nak wat cara camana, but i wonder, kenapa aku terlalu teruja sangat nak beli itu ini, apa jenis setan yang tengah berlubuk dalam diri aku skang ni pun aku tak tahu (nauzubillah). Dah banyak sangat ko membeli kan, enough and enough k. Jangan ikut perasaan sangat. Think u punya future ok. Ok, waktu lunch tadi sempat lah aku balik umah. Sebelum balik, sesi terus terang berlangsung. Ketup..ketap..ketup...ketap...jejari runcing aku menaip message membina seribu patah perkataan memujuk si dia...hehe..sorila bunyinya teruk sebab nak what's up pun tak boleh..handset cikai-cikai je..ALhamdulilah dapat green light. sebelum dia bagi green light of coz la aku dah orange light..wakakaka...Alhamdulillah mision imposible tercapai. Aku citer dari A-Z, then dia kata, nampak sangat buat dosa, sebab tu mission tak sampai. Ya ampun...kalau beritahu awal, takder la nak kena sekat..Kalau aku tahu dia ok, tentu aku dah bgtau awal, takderla aku buat camtu..Idak ghitu ke? So moral of the story, apa-apa kita nak buat, biar buat yang betul, dapat ke idak is no.2 k. Lagi satu, itulah kebaikan dia yang menelan seribu keburukan dia..wah time ni je aku nak memuji ye..hehe..apapun, janji tetap akan di kotai, insyaallah..Zasssss