CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 16, 2012

Jumaat yang Indah

Hari ini hari jumaat. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengar lancar. Semoga segalanya di permudahkan Allah s.w.t. Lunch hour tadi balik rumah, ssebelum balik rumah, sempatlah menapak ke kedai mokcik kelate kat greenwood tuh. Sasaran utama of course lah sambal pauh ikan kering. Aduih, meleleh air liur. Apa lagi, sampai je sana, bukan sesudu aku ceduk sambal pauh tu, dekat lah jugak 5 sudu. Mokcik tu pulok bungkus nasi aku macam bungkus nasi kandar.Lagi lah bertambah selera aku ni ha. So apa ceriter nak kurus? apa mimpi nak kurus? apa angan-angan nak pakai baju lawa-lawa macam orang lain? Apapun insyallah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Sampai je umah, line clear, buah hati aku duk umah pengasuh, so ada peluang aku nak melantak sorang-sorang, kalau ada si comel aku tu, jawapnya makan tulang ayam je lah aku. Dah habis santapan tu, aku tengok citer tv 9. Sungguh menyentuh hati. Satu ayat yang menyentuh hati aku, ni kat bawah ni.
Tersentap hati aku ni. Jadi, aku kena terus bersyukur, dan bersyukur dengan apa yang ada. Aku tak boleh nak merungut tentang kurangnya itu, kurangnya ini. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kena tabah, Kena usaha, pedulikan alasan-alasan yang melemahkan diri sendiri, yang menjadi musuh utama kejayaan. Yakin bahawa kalau baik kita, baik lah balasan, dan sebaliknya.

Tuesday, November 13, 2012

Believe

Bila sebut je the word 'believe', ya aku percaya semua ketentuan dalam hidup kita datang dari Allah s.w.t. Kita insan kerdil ini hanya mampu, berusaha + doa + tawakkal. Aku mengharapakan agar semuanya berjalan dengan lancar. Hari isnin bertarikh 12 Nov 2012 cukup menggembirakan aku sebab APAR aku reactivate. Alhamdulillah. Semoga selepas ini segala proses berjalan dengan lancar. Amin ya Allah.

Monday, November 12, 2012

Last & This Monday

Alhamdulillah isnin lepas tak sama dengan isnin ini hari. Isnin lepas, rasanya berbakul-bakul masalah datang, tapi isnin inI hari, rasa berlori-lori good news datang. Bukan nak merungut dan bukan pulak nak beriak-riak, cuma ingin berkongsikan perasaan ini. Semua yang buruk datang dari diri aku sendiri, dan yang baik itu datang dari Allah s.w.t yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sunday, November 4, 2012

Dengan Rasminya...

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Ya. Inilah blog qiut aku. Macam biasa, setiap muka buka baru atau sesuatu yang baru, pasti ada Intro nya kan? atau bahasa panjangnya Introduction atau Bahasa Malaysianya berbunyi Pengenalan atau orang Arab kata Mukadimmah. Aku pun tak tahu apa sebenarnya aku nak tulis pasal intro ni. Tapi writing skill mesti di teruskan. Hopefully aku akan terus menulis dan menulis. Alhamdulillah blog ni aku tak perlu nak makeover lagi. Puas hati dan sangatlah sukakannya. Harap anda semua pun begitulah ye